Sabtu, 1 Februari 2020

2.2.2020 Nice Date In This Year 2020

Hai Hidupku.

Hi, My Life.

Setelah lama memikirkan pasal hidup ini, aku kadang kala merasa penat. Aku juga memikirkan kerja yang belum kunjung tiba. Di umur 20-an dimana hampir semua orang sudah memiliki kerjaya yang baik, kawan-kawan, pasangan, dan aku masih di sini tanpa sebarang perubahan.

Ya, mungkin aku ada silapnya. Aku mungkin tahu dimana silap aku. Akan tetapi, kadang aku enggan memperbetulkannya dan memikirkan bukan masanya lagi.

Aku akan mencuba untuk menjadikan blog ini menghiburkan walaupun terkadang hidupku tidaklah begitu menghiburkan. Ya, walaubagaimanapun kita harus sentiasa bersyukur ya wahai teman. Mungkin sesiapa yang menjumpai blog ini mengetahui atau tidak mengetahui diri ini.

Ini adalah penulisan pertama iaitu pendahuluan, pengenalan mengenai perihal posting akan datang yang akan di muat naik dalam blog ini. Kisah hidup secara ringkas, pengalaman disini sana dan mungkin tutorial atau cara-cara mengenai sesutu perkara.

Itu sahaja buat posting pertama dalam blog ini. Semoga kalian yang membaca blog ini dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat serta sentiasa dibimbing dengan hidayah Allah SWT.

Nukilan,
HaiHidupku.

2.2.2020 Nice Date In This Year 2020

Hai Hidupku. Hi, My Life. Setelah lama memikirkan pasal hidup ini, aku kadang kala merasa penat. Aku juga memikirkan kerja yang belum ku...